Tuesday, 31 December 2013

Perjanjian Tajuddin dan Puteh

Shoot subjek berjiwa drummer, beroksigenkan Misai Bin Seong, berabangkan seorang taro-taro, dan beristerikan Che Puteh..Selamat menempuh alam bahagia berumahtangga sahabat..~








Wednesday, 18 December 2013

In house - christmas card (DIY)

While in the mood of happiness, creating and designing the x-mas greeting cards for all of the Asian University Presidents Forum (AUPF) participants. Hopefully these cards will well receive to their country and region.

Thursday, 5 December 2013

Sacred Heart by Ronnie James Dio

Tak pernah post pasal lagu, tapi ni hari nak post lagu ni yang betul-betul menusuk jiwa. Bawa keta mesti kena dengar. Nak lawan bola, lagu ni pembakar semangat. Tapi kalau nak p masjid,jgn dengar lagu ni..boleh terbakar - Bulan Disember bulan menghadap tablature lagu-lagu Dio.

Dio - Sacred Heart
Album - Sacred Heart - 1985

Hey the old ones speak of winter 
the young ones praise the sun 
and time just slips away
Oh running into nowhere
 turning like a wheel 
and a year becomes a day

Whenever we dream that's when we fly 
so here is a dream for just you and I

We'll find the sacred heart 
somewhere bleeding in the night yeah
Look for the light and find the sacred heart

Oh here we see the wizard 
staring through the glass 
and he's pointing right at you
Now you can see tomorrow 
the answer and the lie 
and the things you've got to do yeah

Oh sometimes you never fall and ah you're the lucky one
But oh sometimes you want it all you've got to reach for the sun

And find the sacred heart 
somewhere bleeding in the night 
oh look to the light

Well you fight to kill the dragon 
and bargain with the beast 
and sail into a sight
You run along the rainbow 
and never leave the ground 
and still you don't know why

Whenever you dream 
you're holding the key
 it opens the door to let you be free yeah

And find the sacred heart 
somewhere bleeding in the night yeah
Run for the light and you'll find the sacred heart

A shout comes from the wizard the sky begins to crack and he's looking right at you quick
Run along the rainbow before it turns to black attack

And oh sometimes you never fall and ah you're the lucky one
Oh sometimes you need it all you've got to reach for the sun

And find the sacred heart yeah bleeding in the night yeah yeah

We'll find the sacred heart

Diam lebih memudahkan


Jeti Kuah, Pulau Langkawi - 9 Oktober 2013 - 6:58 pm

Kuasa Allah swt mencipta langit dan bumi, laut dan bintang, siang dan malam, subuh dan senja, bukit dan lembah, manusia hebat dan manusia tidak hebat (rupanya tak ada istilah untuk menggambarkan 'manusia tidak hebat').

Manusia hebat atau tidak hebat, datangnya daripada Allah yang mencipta hambaNya dan kedua-duanya adalah sama disisiNya tetapi perbezaan itu hanya terletak pada pandangan dan pemikiran sesama manusia.

Manusia yang menilai seseorang itu hebat terpecah kepada beberapa peringkat interpretasi dan fahamannya. Ada yang melihat dari aspek positif dan negatif bergantung kepada berapa banyak sumbangannya kepada masyarakat, organisasi dan agama. Manakala ada yang hanya hebat untuk kepentingan diri sendiri atas agenda yang tersembunyi bagi mencapai sesuatu matlamat peribadi.

Manusia yang hebat tidak akan memperkatakan tentang keagungannya. Diam dan bekerja keras adalah strategi kepada kejayaan-kejayaan, tetapi manusia yang sering memperkatakan tentang kehebatannya, mengangkat kemasyhurannya, adalah manusia yang 'hebat' di dalam tempurung.





:penulis bukan seorang ustaz, 
orang akademik, atau cerdik 
pandai.Cuma sekali sekala boleh 
cakap pandai tapi beradab.
                 

Tuesday, 19 November 2013

Salam Maal Hijrah - wpn sdh 8 Muharram 1435H


Istana Negara, 7 November 2013 : 11.42 am

Rumah tak semestinya seindah Istana, tak perlu air cond laju2, bantal empuk dan usah mengimpikan lampu chandelier mewah.
Rumah seharusnya selesa, melindungi keluarga, membuka ruang seluasnya untuk para malaikat bersama-sama menghuninya.
Alhamdulillah, setahun Hijrah di Taman Hijrah : 1 Muharram 1434H - 1 Muharram 1435H

Tuesday, 24 September 2013

Muzium Marhum Kayang - photo shoot

Fahmi and Zati - thanks for the opportunities.

Gear : Nikon D7000
Lens :18 - 200mm,70 - 300mm
Speedlight : SB 900, SB 70
Safety boots: Selipar jepun








Monday, 2 September 2013

Selamat Hari Merdeka ke 56

Celebrate Merdeka with Muhammad Irfan Rizqi..may he'll be a patriotic person and not a politician.

Friday, 2 August 2013

I'm in love in what i'm doing

Kerja keras untuk mencari sesuap nasi dan sebotol gel minyak rambut, memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa, sedikit wang dan doa banyak2. Kalau malas dan tak berminat dalam apa yang kita lakukan, nawwaitu kita tidak kuat dan akibatnya kerja jadi halai balai, tidak dapat memuaskan kehendak client, orang lain, keluarga, kawan-kawan dan kita tidak ikhlas kepada Allah swt.

Di bulan ramadan ini, walaupun banyak masa di antara kita digoda dengan bantal tidur dan selimut tebal, namun cekalkan hati, bersemangat kuih raya dan claim serta bonus untuk bekerja dengan lebih bermotivasi. Terus mencari kerja halal, ikhlas dan lepak sekali sekala tiada masalah asalkan tak kacau anak dara orang.

For all these year, i will continuing my passions of Music, photography, football, cook, lepaking (bachelor hangout), outdoor, swimming, mini gym at home.

Thanks to Syed Burn and Akhmar

Wednesday, 17 July 2013

Tricky Master Class

Mengisi masa sebelum berbuka puasa dengan kerja sekolah yang baru dipelajari.
from this

to this


Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadan 1434H/2013M



Assalammualaikum...Salam Ramadan disantauanginkan kepada keluarga dan rakan-rakan yang mengenali dan tidak dilupakan yang membenci. Tak lupa juga salam dipakukan kepada rakan-rakan di selatan Thailand, Wilayah Satun, Wilayah Songkhla, ban Sadao, Hatyai, Wilayah Nakorn Si Tammarat, Pattani dan Narathiwat, walaupun belum pasti mereka berpuasa ataupun tidak.

Salam juga kepada rakan-rakan beragama Islam yang mula berpuasa pada hari ini yang berada di Arau, Kangar, A.star, Penang, KL, Putrajaya dan Banting.

Alhamdulillah, dikurniakan umur yang masih bergerak setiap detik untuk bersama-sama menyambut Ramadan tahun ini dan paling bermakna menyambutnya sebagai seorang 'abah'.

Semoga Ramadan kali ini memberi nikmat dan penghayatan sepenuhnya kepada setiap umat yang sudah semakin goyah pasak pendomannya termasuk diri sendiri.

Gambar diatas tiada kena mengena dengan ucapan Ramadan ini, cuma sekadar hiasan untuk 'mencantikkan' saja walaupun rumah buruk. Tetapi suatu masa nanti, itulah sebenarnya siapa diri kita apabila segalanya akan hilang.

Selamat menahan lapar (kerana Allah SWT), ikhlas dalam berbuat kebaikan, melakukan perubahan, membina iman dan amal, semoga diberkati olehNya.

Wednesday, 29 May 2013

Got a good collaboration in wedding photo shoot

This is what we're doing during our weekend..thank you Mohd Faisal Abu Hassan for such an excellent job!
who says Nikon can't mix up with Canon heh!
the new partner was in town

Tuesday, 28 May 2013

Mohd Sharil dan Yasmeen

Perkahwinan berkonsep bollywood. Unik dan masih mengekalkan adat resam budaya tersendiri. Menguji kemahiran dan pengalaman ke satu level yang lebih baik.
In partnership with : Mohd Faisal Abu Hassan
credit to Mohd Faisal Abu Hassan

credit to Mohd Faisal Abu Hassan

credit to Mohd Faisal Abu Hassan

Tuesday, 23 April 2013

Gong Alit

Mereka terus bermain muzik untuk melangsungkan kehidupan di kota Surabaya. Kesenian muzik tradisional Sidoarjo, Jawa Timur.
Sanggar Seni Music Patrol - Gong Alit

Thursday, 11 April 2013

Akmal dan Hasmuniza 10Feb13

Terima kasih kepada sahabat - Akmal - yang memberi peluang untuk shoot kenangan indah perkahwinannya bersama pasangan Hasmuniza di Mata Ayer, Perlis. Semoga berbahagia hingga ke akhir usia.



Monday, 8 April 2013

Terima kasih - pelajari sesuatu~



Pahit Manis sebagai 'Pelaksana'

IFF Kangar 2012
Jika diberi pilihan, mungkin ramai akan memilih untuk menjadi 'perancang, pengatur, dan pembuat keputusan'  berbanding berada dalam kelompok 'pelaksana' yang dianggap sukar sampai tahap 'pecah peluh'. Tetapi itulah hakikatnya, berada dalam dunia pelaksana. Namun, ada 'adventures'nya juga, tambahan digandingkan dengan sparing partner yang sempoi - kredit to Shafiq Hizwari (gambar). So, keja berat menjadi ringan, keja tak syok menjadi keseronokan, dan keja stress kami mencari 'permainan'.

Soerbaya 
Dalam dunia pelaksana, bermacam-macam task yang perlu disegera-selesaikan dengan pelbagai permintaan tambahan dari masa ke semasa.
Task yang mengarut-ngarut pun ada tapi itu arahan yang perlu dilaksanakan sebab bos tak mahu tahu sesuatu itu boleh dilaksanakan atau tak, apa yang penting buat dulu. That's one thing that we must take care of our boss's mood.
Guangzhou, China

We have through a lot of thing together since we were given a chance to be a partnership in doing this job - as a photographer and a special officer to the vice chancellor of UniMAP from 2011 until now, and future, InsyaAllah.
Kerjaya akan menjadi suatu 'enjoyment' apabila ia dilakukan lahir daripada hati - memudahkan kerja orang lain untuk dipermudahkan kerja dan urusan kita. It is some kind like of 'poetic justice'.
Penang
Tidak dapat dinafikan pahit manis bertugas luar kawasan dalam erti kata lain, jauh dari keluarga. Mungkin tidak sejauh mana pun, cuma Perlis ke Penang, Perlis ke KL, tetapi tempoh bertugas yang kadang kala memakan masa 2-3 hari, amat memenatkan.
Pulang ke Perlis 2 hari, kemudian ke assignment lain pula untuk tempoh yang sama.
Sesetengah orang menganggap ini kerja 'jalan-jalan makan angin' sambil berkesempatan 'rileks' bila tak ada apa-apa task sewaktu di lapangan. Tetapi itu apa yang mereka nampak di atas kertas kerja dan hanya di dalam gambar (report selepas balik). Hakikatnya apa yang dilakukan adalah lebih jauh dari apa yang diceritakan di dalam gambar.
Kadang-kadang mandi sekali sehari, dan bilik hotel hanya untuk tidur selama 3-4 jam sahaja.
Mungkin ada orang lain yang lebih bekerja keras dan teruk seperti Unit Multimedia UniMAP (kredit harus diberikan kepada mereka kerana mereka antara orang kuat dan dihormati dalam hal-hal 'kerja berat' ) tetapi yang hanya membezakan adalah bidang tugas masing-masing.

Banjaran Titiwangsa

Ada orang yang bekerja di pejabat dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam dan pulang selepas boss balik. Itu yang selalu orang nampak, kenyataannya semua orang bekerja keras, tak kira perancang, pembuat keputusan atau pelaksana. Maka, tidak adil sekiranya membeza-bezakan atau mengangkat-angkat di antara satu entiti dengan entiti yang lain kerana tidak semua pekerja pejabat, bekerja di dalam pejabat. Apa yang perlu dilihat adalah pengorbanan dan apa yang sanggup disumbangkan kepada sesebuah organisasi.
ITEX KL 2012
Nakorn Si Tammarat, Thailand

Medan

Bapak Medan

Thursday, 14 March 2013

Pengalaman baru dalam kerjaya ini

Gear : Nikon D7000, Nikon SB900, Nikkor 18-200mm
Location : Wang Besar
Event : Birthday Party for kid
Mood : kembali ke jiwa kanak2

1st time mendapat job shoot gambar Majlis ulangtahun kelahiran yang cukup berbeza dengan pengalaman-pengalaman shoot gambar orang dewasa. Nampak mudah tapi sebenarnya perlu 'catch the exact moment' sb budak2 ni belum faham macam mana nak pose, senyum, dan act. Satu pengalaman yang luar biasa.




Custom album 2013

Antara pasangan pengantin yang pandai pose - so senang bekerjasama.