Wednesday, 10 July 2013
Salam Ramadan 1434H/2013M
Assalammualaikum...Salam Ramadan disantauanginkan kepada keluarga dan rakan-rakan yang mengenali dan tidak dilupakan yang membenci. Tak lupa juga salam dipakukan kepada rakan-rakan di selatan Thailand, Wilayah Satun, Wilayah Songkhla, ban Sadao, Hatyai, Wilayah Nakorn Si Tammarat, Pattani dan Narathiwat, walaupun belum pasti mereka berpuasa ataupun tidak.
Salam juga kepada rakan-rakan beragama Islam yang mula berpuasa pada hari ini yang berada di Arau, Kangar, A.star, Penang, KL, Putrajaya dan Banting.
Alhamdulillah, dikurniakan umur yang masih bergerak setiap detik untuk bersama-sama menyambut Ramadan tahun ini dan paling bermakna menyambutnya sebagai seorang 'abah'.
Semoga Ramadan kali ini memberi nikmat dan penghayatan sepenuhnya kepada setiap umat yang sudah semakin goyah pasak pendomannya termasuk diri sendiri.
Gambar diatas tiada kena mengena dengan ucapan Ramadan ini, cuma sekadar hiasan untuk 'mencantikkan' saja walaupun rumah buruk. Tetapi suatu masa nanti, itulah sebenarnya siapa diri kita apabila segalanya akan hilang.
Selamat menahan lapar (kerana Allah SWT), ikhlas dalam berbuat kebaikan, melakukan perubahan, membina iman dan amal, semoga diberkati olehNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment