Monday, 8 April 2013

Pahit Manis sebagai 'Pelaksana'

IFF Kangar 2012
Jika diberi pilihan, mungkin ramai akan memilih untuk menjadi 'perancang, pengatur, dan pembuat keputusan'  berbanding berada dalam kelompok 'pelaksana' yang dianggap sukar sampai tahap 'pecah peluh'. Tetapi itulah hakikatnya, berada dalam dunia pelaksana. Namun, ada 'adventures'nya juga, tambahan digandingkan dengan sparing partner yang sempoi - kredit to Shafiq Hizwari (gambar). So, keja berat menjadi ringan, keja tak syok menjadi keseronokan, dan keja stress kami mencari 'permainan'.

Soerbaya 
Dalam dunia pelaksana, bermacam-macam task yang perlu disegera-selesaikan dengan pelbagai permintaan tambahan dari masa ke semasa.
Task yang mengarut-ngarut pun ada tapi itu arahan yang perlu dilaksanakan sebab bos tak mahu tahu sesuatu itu boleh dilaksanakan atau tak, apa yang penting buat dulu. That's one thing that we must take care of our boss's mood.
Guangzhou, China

We have through a lot of thing together since we were given a chance to be a partnership in doing this job - as a photographer and a special officer to the vice chancellor of UniMAP from 2011 until now, and future, InsyaAllah.
Kerjaya akan menjadi suatu 'enjoyment' apabila ia dilakukan lahir daripada hati - memudahkan kerja orang lain untuk dipermudahkan kerja dan urusan kita. It is some kind like of 'poetic justice'.
Penang
Tidak dapat dinafikan pahit manis bertugas luar kawasan dalam erti kata lain, jauh dari keluarga. Mungkin tidak sejauh mana pun, cuma Perlis ke Penang, Perlis ke KL, tetapi tempoh bertugas yang kadang kala memakan masa 2-3 hari, amat memenatkan.
Pulang ke Perlis 2 hari, kemudian ke assignment lain pula untuk tempoh yang sama.
Sesetengah orang menganggap ini kerja 'jalan-jalan makan angin' sambil berkesempatan 'rileks' bila tak ada apa-apa task sewaktu di lapangan. Tetapi itu apa yang mereka nampak di atas kertas kerja dan hanya di dalam gambar (report selepas balik). Hakikatnya apa yang dilakukan adalah lebih jauh dari apa yang diceritakan di dalam gambar.
Kadang-kadang mandi sekali sehari, dan bilik hotel hanya untuk tidur selama 3-4 jam sahaja.
Mungkin ada orang lain yang lebih bekerja keras dan teruk seperti Unit Multimedia UniMAP (kredit harus diberikan kepada mereka kerana mereka antara orang kuat dan dihormati dalam hal-hal 'kerja berat' ) tetapi yang hanya membezakan adalah bidang tugas masing-masing.

Banjaran Titiwangsa

Ada orang yang bekerja di pejabat dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam dan pulang selepas boss balik. Itu yang selalu orang nampak, kenyataannya semua orang bekerja keras, tak kira perancang, pembuat keputusan atau pelaksana. Maka, tidak adil sekiranya membeza-bezakan atau mengangkat-angkat di antara satu entiti dengan entiti yang lain kerana tidak semua pekerja pejabat, bekerja di dalam pejabat. Apa yang perlu dilihat adalah pengorbanan dan apa yang sanggup disumbangkan kepada sesebuah organisasi.
ITEX KL 2012
Nakorn Si Tammarat, Thailand

Medan

Bapak Medan

No comments:

Post a Comment