Kenapa muzik menjadi sebahagian daripada intipati kehidupan?
Tahun 2001
Pi kedai Cina Yamaha Kangar, beli gitar tong warna biru brand cokia pnya tapi bunyi sedap. Usung bawa balik rumah dengan beg pun tak ada. Satu Kangar tengok lain macam sebab naik moto saja masa tu. Sebulan pertama dok tong..teng..tong..teng..ada bunyi tapi xda melodi atau lagu. Tuning pun tak betul lagi, masih tak pandai-pandai walaupun dah beli buku asas gitar (buku kecil warna biru).
Cukup bulan kedua, gitar tong dah terperosok bawah katil siap berdebu dan tali dah berkarat. Rasa macam putus harapan nak belajar main lagi sebab tak ada guide dan tok guru yang mahu ajar. Masa tu, ada kawan-kawan yang dah boleh main, cekap, mahir dan amanah (pada scaling dan chord). Gitar tong biru masih dok tong..teng..tong..teng lagi.
Oleh kerana tak ada siapa-siapa yang sudi untuk luang masa mengajar atau bagi ilmu (kes ni macam orang nak belajar photoshop jugalah dalam post yang terdahulu : 13 Okt 2011), terjumpalah satu web mengajar bermain lagu dan bukan belajar pegang chord lagi. Sebab pegang chord dah pandai..sampai ke 7th chord pun dah boleh pegang walaupun out of tune.
Lagu paling mudah untuk dipelajari dan juga lagu pertama yang dipelajari pada masa tu - Wet Blanket by Butterfingers. Memang mudah dan sesuai untuk dipelajari pada tahap kemahiran waktu itu. Dari situlah, dapat mempelajari lagu-lagu yang lain dengan pelbagai genre dan tahap kelajuan ( time speed ).
Cukup dua tahun, dah berkira-kira untuk buat band sendiri dan mula start cipta lagu sendiri untuk band sebab dah terlalu lama dan bosan mendendangkan lagu cover saja. Alhamdulillah dapat keluarkan satu mini pakej demo, ada 4 lagu tapi sayangnya satu cd atau satu lagu pun tak ada dalam simpanan...rugi,rugi...
2004
Lepas STPM, masuk kelas muzik Yamaha di Music System Alor Star. Kelas seminggu sekali dan belajar teori juga untuk memperkemaskan diri. Bila dah masuk kelas formal, baru nampak bertapa luas pergerakan dan perkembangan komposisi lagu melalui susunan chord dan ritma yang bagus. Baru ternganga untuk faham scaling dan triad chord serta macam-macam lagi yang diajar oleh Cikgu Azhar ( pada masa tu ).
2005
Settle di Music System pada gred 4, ( semua gred 8 - baru master of olympusss ) 2005 & 2006 bertapa lagi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) KL di bawah kendalian Arwah Samad Lefthanded ( praktikal ) dan Rasdan Abbas ( teori-note togey2 ). Ilmu masa tu memang mantap dan siap boleh buat voice leading dan harmoni untuk satu band atau choir melalui perisian Cakewalk. Pada masa ni, kalau dengar lagu, dah boleh cari chord sendiri, siap solo dan improvising sikit. Alhamdulillah, anugerah Allah.
Pada masa tu juga, sekali sekala balik Ps, jumpa memba2 jamming, boleh juga perturun ilmu yang ada sikit ni untuk kawan-kawan dan ada yang dapat terima faham dan ada yang tak faham-faham sampai ke sudah pun jenuh.
2007
Cuba untuk belajar classical gitar dan gambus dengan hasrat untuk mengembangkan kemahiran tapi sebab kekangan masa dan nak graduate on time, terpaksa skip kelas tu dan ambik subjek lain. Mungkin di lain masa boleh belajar lagi..tapi rupanya classical gitar tak sama dengan gitar biasa yang boleh dipelajari melalui internet. Mesti ada sifu dok di depan untuk ketuk jari, betulkan cara picking or plucking.
2009
Buat band lagi dengan geng taman dan main lagu-lagu lebih berat dan berbanding sebelum ni yang hanya main lagu-lagu evergreen, blues, jazz dan sikit2 rock yang tak segarnaz mana la. Sampai sekarang masih bersama band geng taman..merata studio dok pi main..dari Changlun bawa sampai ke Kuala Perlis.
2010 dan 2011
Masih giat main walaupun kekekekekangan masa wwoi!
10 Kesimpulan Mengenai MUZIK.
1. Kerana ia satu ekpresi diri melalui bunyian.
2. Kerana ia satu bahasa yang dapat difahami oleh segenap masyarakat dunia yang mempelajari 'bahasa muzik'.
3. Mendisiplinkan diri (hahaha..ayat exam)
4. Bermain muzik, membawa diri ke dalam satu dunia baru...jauh dari budaya majoriti.
5. Tingkatkan fokus, jauh dari maksiat
6. Diet yang baik - sebab berjam-jam dok terperuk dalam bilik/mini studio.
7. Memberi ilham ( gambar gadis bertudung - kredit tu Hasmira heh! )
8. "Muzik untuk orang bijak matematik" - Cikgu Azhar
9. Mengenal diri.
10. InsyaAllah, tak tinggal sembahyang.
*dipungut daripada pengalaman dan ulangtahun ke 10 bermain muzik.
post ni bg semangat kat aku walaupun aku mmg xdak ilmu dalam muzik tp minat nak main. thank you weh!
ReplyDeletebro kenal cikgu badrul x dy ajar drum ... hehe xsilap aq cikgu azhar yg rambut kerinting tu kan..
ReplyDelete