Sanggar Seni Music Patrol - Gong Alit |
Tuesday, 23 April 2013
Gong Alit
Mereka terus bermain muzik untuk melangsungkan kehidupan di kota Surabaya. Kesenian muzik tradisional Sidoarjo, Jawa Timur.
Thursday, 11 April 2013
Akmal dan Hasmuniza 10Feb13
Terima kasih kepada sahabat - Akmal - yang memberi peluang untuk shoot kenangan indah perkahwinannya bersama pasangan Hasmuniza di Mata Ayer, Perlis. Semoga berbahagia hingga ke akhir usia.
Monday, 8 April 2013
Pahit Manis sebagai 'Pelaksana'
IFF Kangar 2012 |
Soerbaya |
Task yang mengarut-ngarut pun ada tapi itu arahan yang perlu dilaksanakan sebab bos tak mahu tahu sesuatu itu boleh dilaksanakan atau tak, apa yang penting buat dulu. That's one thing that we must take care of our boss's mood.
Guangzhou, China |
We have through a lot of thing together since we were given a chance to be a partnership in doing this job - as a photographer and a special officer to the vice chancellor of UniMAP from 2011 until now, and future, InsyaAllah.
Kerjaya akan menjadi suatu 'enjoyment' apabila ia dilakukan lahir daripada hati - memudahkan kerja orang lain untuk dipermudahkan kerja dan urusan kita. It is some kind like of 'poetic justice'.
Penang |
Pulang ke Perlis 2 hari, kemudian ke assignment lain pula untuk tempoh yang sama.
Sesetengah orang menganggap ini kerja 'jalan-jalan makan angin' sambil berkesempatan 'rileks' bila tak ada apa-apa task sewaktu di lapangan. Tetapi itu apa yang mereka nampak di atas kertas kerja dan hanya di dalam gambar (report selepas balik). Hakikatnya apa yang dilakukan adalah lebih jauh dari apa yang diceritakan di dalam gambar.
Kadang-kadang mandi sekali sehari, dan bilik hotel hanya untuk tidur selama 3-4 jam sahaja.
Mungkin ada orang lain yang lebih bekerja keras dan teruk seperti Unit Multimedia UniMAP (kredit harus diberikan kepada mereka kerana mereka antara orang kuat dan dihormati dalam hal-hal 'kerja berat' ) tetapi yang hanya membezakan adalah bidang tugas masing-masing.
Banjaran Titiwangsa |
Ada orang yang bekerja di pejabat dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam dan pulang selepas boss balik. Itu yang selalu orang nampak, kenyataannya semua orang bekerja keras, tak kira perancang, pembuat keputusan atau pelaksana. Maka, tidak adil sekiranya membeza-bezakan atau mengangkat-angkat di antara satu entiti dengan entiti yang lain kerana tidak semua pekerja pejabat, bekerja di dalam pejabat. Apa yang perlu dilihat adalah pengorbanan dan apa yang sanggup disumbangkan kepada sesebuah organisasi.
ITEX KL 2012 |
Nakorn Si Tammarat, Thailand |
Medan |
Bapak Medan |
Subscribe to:
Posts (Atom)