Awal pagi selepas subuh breakfast di Perlis dan tengah hari sudah dapat menikmati keropok lekor di Kota Bharu, Kelantan. Itu bakal menjadi realiti jika kita timing betul-betul.
Dari Hatyai, mengikut signdboard Pattani. |
Non-stop perjalanan dengan purata kelajuan empat tayar bergolek 120-140 kmj di atas highway Thailand yang cantik dan luas serta tanpa kesesakkan, kami tiba di Sungai Kolok (Golok) kira-kra 3.30 petang.
Setengah jam masa dicuri untuk mengisi kantung perut di pertengahan jalan di sebuah restoran Melayu Muselim. Jika ditolak masa yang diambil untuk makan, sudah tentu anggaran kasar perjalanan kami adalah sekitar 3 jam sahaja!
Pattani |
Walaupun pada mulanya agak gentar mendengar cadangan untuk ke Terengganu melalui Thailand, terutama melalui kawasan-kawasan bergolak seperti di Narathiwat dan Tak Bai, namun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Dalam masa 5 jam setengah, kami selamat sampai di Terengganu dan begitu jugalah ketika perjalanan balik yang memakan tempoh yang sama.
Tembok pemisah antara Malaysia - Thailand di Sungai Kolok |
1. Mengikut signboard Hatyai, kemudian Pattani dan selepas itu Narathiwat. Kemudian akan berjumpa signboard Sungai Kolok (Golok) yang merupakan sempadan antara Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia.
2. Bekal makanan dan minuman kot2 lapar sebab was-was dengan makanan di sana.
3. Minyak kereta full tank - minyak Thailand mahal.
4. Pemandu yang confident.
5. Co-pilot yang bukan kaki tidur.
6. Muka mesti sentiasa rileks dan kering sebab banyak roadblock sekitar Pattani dan Narathiwat.
Bendera Thailand di sempadan Thailand - Malaysia di Sungai Kolok |
Yakin diri ketika roadblock |
Stesen minyak atau RnR di Pattani |
No comments:
Post a Comment