Thursday, 16 February 2012

Pakej Fotografi

Pakej Fotografi Pertunangan dan Perkahwinan - harga boleh dirunding.
Jika font terlalu kecil, dicadangkan copy image dan save as picture, bagi meneliti pakej dengan lebih dekat.

Friday, 10 February 2012

Menjengah jalan pintas ke pantai timur Malaysia melalui Thailand

Seronok jika dapat ke Kelantan atau Terengganu dalam masa satu hari perjalanan pergi dan balik.
Awal pagi selepas subuh breakfast di Perlis dan tengah hari sudah dapat menikmati keropok lekor di Kota Bharu, Kelantan. Itu bakal menjadi realiti jika kita timing betul-betul.

Dari Hatyai, mengikut signdboard Pattani.
Dengan semangat Panglima Awang (Pelayar Melayu Terulung), kami (Shahidi, Azizi, Din dan gua sendiri) memulakan pelayaran darat lebih kurang jam masihi 12.05 terpacak tengah hari dari sempadan Bukit Kayu Hitam, Malaysia - Sadao, Thailand - untuk ke rumah kenduri Park Side di Felda Chalok, Terengganu.

Non-stop perjalanan dengan purata kelajuan empat tayar bergolek 120-140 kmj di atas highway Thailand yang cantik dan luas serta tanpa kesesakkan, kami tiba di Sungai Kolok (Golok) kira-kra 3.30 petang.

Setengah jam masa dicuri untuk mengisi kantung perut di pertengahan jalan di sebuah restoran Melayu Muselim. Jika ditolak masa yang diambil untuk makan, sudah tentu anggaran kasar perjalanan kami adalah sekitar 3 jam sahaja!

Pattani
 Ini adalah sebuah eksplorasi yang tidak kelam kabut dan berorientasikan santai rileks tokak jari.

Walaupun pada mulanya agak gentar mendengar cadangan untuk ke Terengganu melalui Thailand, terutama melalui kawasan-kawasan bergolak seperti di Narathiwat dan Tak Bai, namun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Dalam masa 5 jam setengah, kami selamat sampai di Terengganu dan begitu jugalah ketika perjalanan balik yang memakan tempoh yang sama.


Tembok pemisah antara Malaysia - Thailand di Sungai Kolok
Tips dan panduan perjalanan extreme ini pergh!:
1. Mengikut signboard Hatyai, kemudian Pattani dan selepas itu Narathiwat. Kemudian akan berjumpa signboard Sungai Kolok (Golok) yang merupakan sempadan antara Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia.
2. Bekal makanan dan minuman kot2 lapar sebab was-was dengan makanan di sana.
3. Minyak kereta full tank - minyak Thailand mahal.
4. Pemandu yang confident.
5. Co-pilot yang bukan kaki tidur.
6. Muka mesti sentiasa rileks dan kering sebab banyak roadblock sekitar Pattani dan Narathiwat.

Bendera Thailand di sempadan Thailand -  Malaysia di Sungai Kolok

Yakin diri ketika roadblock

Stesen minyak atau RnR di Pattani

Thursday, 2 February 2012

Contoh Custom Album 8" x 12"

Antara album-album gambar perkahwinan yang siap disunting dan dicetak sebagai 'custom album' dengan harga yang berpatutan. Kalau dulu kebanyakan album dalam size 8" x 12", tapi sekarang dalam pelbagai saiz termasuk 10" x 12", A4 Landscape Leather Cover/Crystal Cover dan Matte Finishing.





Wednesday, 1 February 2012

Another 'breaking the wall'

Complete! - that's the best words which I can describe and express my feeling throughout January of 2012 in the making of the goal to achieve the target that I have set in this early 1433 masihi.

Another story/custom album that only take about 4 days to be done, with a lot of concentration, spirit, diet, 'bengkak mata', and crash of my laptop screen, finally I reach the target! Simple, but still valuable.
Thanks to Shitah and Badrul for the support and kindness.

Front page

page 3 and 4

page 13 and 14

page 19 and 20