Thursday, 13 October 2011

Cuba-cubaan : Merekabentuk album kahwin

Mulanya mau terima tempahan untuk custom album, terasa berat dan agak 'blur' sebab tak tau nak buat macam mana. Alhamdulillah, sebab kedrat untuk usaha dan explore sendiri tu masih ada dalam diri yang agak pemalas nih...


Dengan ilmu perguruan melalui internet dan tutorial yang berkaitan photoshop, akhirnya terhasil beberapa custom album yang 'ok la kot..mau mcm mn lg???' heh!

Kadang-kadang benda macam ni, orang agak lokek untuk perturunkan kepada insan-insan lain yang ingin mengembangkan ilmu dalam bidang rekabentuk. Macamlah depa nk perturun ilmu silat cekak..akai jenuh betui!

Kredit harus di'highlight'kan kepada Syed Burn - memba satu ofis la tu..- yang banyak memberi tunjuk ajar. Seorang sifoo yang hensem... 

InsyaAllah, lepas ni mungkin rezeki datang lagi untuk menghasilkan custom-custom album yang lain (tak semestinya kahwin saja).

Tapi tu lah, ada sesetengah pasangan pengantin yang datang dari kampung, latar belakang kerja biasa dan kewangan yang agak runcing, dengan budget yang tak seberapa, mereka mengimpikan sebuah album yang baik dan berkualiti.
Sekali sekala, penggiat DSLR, Designer, dan sapa-sapa lah yang berkecimpung dalam dunia seni rekabentuk dan fotografi nih, kena tolerate la sikit dengan kadar harga dan budget untuk golongan mcm ni. Bantu membantu dan sambil tu buat amal. Tak payah kejar harga sangat, insyaAllah di masa depan, lebih daripada tu akan mai masuk dlm poket...
Bab harga sesama jurugambar kahwin ni, tak dapat kita nafikan, ia merupakan isu yang agak sensitif juga. Boleh mendatangkan masalah kepada kelompok-kelompok senior bila ada budak-budak foto yang baru nak naik atau yang hanya menjadikan kerjaya ni sebagai 'part time', letak harga yang lebih murah dan bukan-bukan..

Isu harga ni kalau dibawa pi sampai mesyuarat JKKK kampung pun, takkan selesai. Apa yang penting 'kerjasama' laa..kena banyak tengok kartun Wonderpet...







No comments:

Post a Comment